Konsonan gusi

Konsonan gusi atau alveolar ialah konsonan yang disebut dengan lidah menyentuh atau menghampiri batas gusi atas,. Konsonan gusi boleh disebut dengan hujung lidah (apikal) atau daun lidah (laminal). Sebutan gusi laminal sering disalah anggap sebagai konsonan gigi, kerana hujung lidah menghampiri atau menyentuh gigi; bezanya adalah ada titik sentuhan paling belakang yang menentukan daerah penyebutannya; di sinilah hujung rongga mulut, dan ruang resonan dalam rongga mulut inilah yang memberikan warna bunyi kepada setiap konsonan dan vokal.Berikut ialah konsonan gusi yang dikenal pasti oleh Abjad Fonetik Antarabangsa (IPA):